Saturday, April 14, 2012

SELAMAT DATANG KE JOHOR DARUL TAKZIM



Photobucket
           

JOM KENALI JOHOR BAHRU

Johor Bahru atau singkatannya JB adalah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandar raya kedua terbesar di dalam negara Malaysia selepas Kuala Lumpur.


Dengan jumlah penduduk melebihi sejuta orang di kawasan bandaraya dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

Dengan adanya Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru terus membangun dengan pesatnya. Pelbagai projek mega sudah disiapkan dan ada juga projek yang sedang dibangunkan. Antara pembangunan-pembangunan yang besar yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar adalah Projek Danga Bay, Johore Premium Outlet, Legoland, Puteri Harbour dan lain-lain lagi yang mana ianya sudah pasti akan memberi munafaat kepada penduduk Johor Bahru sekaligus kepada seluruh rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. The King Casino
    The king casino in Oklahoma 바카라사이트 offers communitykhabar a https://deccasino.com/review/merit-casino/ wide https://jancasino.com/review/merit-casino/ variety of games. The casino offers several slots, poker, blackjack, and live games to choose from. We will https://tricktactoe.com/ also

    ReplyDelete